Wednesday, December 2, 2015

Not everything is bad.

Assalamualaikum....


Dah masuk minggu ke 12 pada awal bulan 12 haaa, thesis aku dah kelaut, lab reports semua tak siap lagi, assignments belambak, presentaion bersusun sampai akhir bulan ni. Penat tok sah kata la. Busy tok sah cakap la. Tak cukup tidur. Esok pulak kena amik abah kat KLIA sebab dia balik KL selama sebulan cuti musim sejuk kata nya. Hahahaa. Takde kereta dah lepas ni.

So, since i had encountered countless of bad tragedies in the year of 2015, that i guess it is a bad year for me. Tapi sebenarnya, takda la semua benda teruk pon tahun ni. Tulah, kita tak husnuzon dengan aturcara perjalanan yang Allah dah tetapkan, memang la sampai terfikir "tahun malang" bagai kan. Hehehe...

Alhamdulillah, dalam banyak-banyak benda buruk terjadi kat aku tahun ni, ada jugak benda baik jadi juga. Semalam tu aku dah decide taknak pergi kelas petang, sebab mengantuk sangat. Tapi Allah tu maha mengetahui, sebaik-baik planner. Sedang aku mengantuk karang thesis kat library, aku decide nak pergi kelas jugak ptg tu. Jadi aku pun kemas barang, berlalulah ke masjid untuk zohor. Tak tahu apa yang merasuk aku, aku ter-kusyuk pulak solat. Selalu amik masa 5-10 minit je, hari tu tetibe la lama kusyuk solatnya, tasbih dan selawat, berdoa pulak panjang.

Tengok-tengok je dah pukul 2.45 which suppose kelas aku start pukul 2.30. Haha lewat benau masa tu. Then aku dengan fizi pon berlalu dari masjid untuk ke kelas. Kat tepi jalan tgh btl kan beg, ttbe dapat call. Haa Dapat call dari stranger, normally aku tak angkat. Entah kenapa aku nak angkat jugak masa tu. Perbualan bermula dengan keadaan yg agak kelam-kabut sebab aku nak rushing pergi kelas.

FS: Assalamualaikum... :)
Cik HR : Waalaikumussalam, ni cik Mohd Firdaus Bin Salim yeee. ??
FS: Ye saya Firdaus.
Cik HR: Ohh saya Puan (tak ingt nama) HR dari petronas penapisan terengganu. Saya nak tanya cik firdaus dah dapat mana-mana penempatan untuk latihan industri tak ?????
FS: Ohh, tak ada lagi puan. Saya pun masih mencari-cari lagi (padahal dah dpt satu company ni, siap time kat library tadi msg kak yati tu push soh cpt2 buat offer letter utk aku)
Cik HR: Ohh yeke. Okay sebenarnya cik firdaus dah disenarai pendek utk program latihan industri di petronas kertih. Cik firdaus nak tak ???
FS: (omg woi dia dah offer, gila apa weh nak tolak) Ohh yeke *bajet relex* Kiranya saya dapat buat intern dekat petronas ke macam mana ni ??
Cik HR: Haah, cik firdaus di terima. Dari borang permohonan cik firdaus akan mula lapor diri pada 25 Jan. Jadi kami nak proceed utk hantar offer letter dan reply form kepada cik firdaus dan universiti lah sekiranya cik bersetuju nak buat intern kat sini.
FS: Saya terima saya terima. Saya tak kisah lah jauh pun saya terima je puan. Hahahaa *gelak kasar*
Cik HR: Ok kalau mcm tu saya akan submit semua document dekat email cik. Email cik yg ni kan ******
Bersambung dengan sembang pompam dengan Cik HR tu, dan diakhiri dengan ucapan tahniah dari dia. Weh baik gila kot akk tu. Cakap melayu tulin ok. Takde accent omputih langsung. Takde bunyik pata timo pong.


Alhamdulillah. Aku tak sangka langsung pun aku dapat peluang mcm ni.. Dengan pointer aku yg hampeh lencun nak mampos ni, company biasa pon entah pandang serong dengan aku kot. So basically, nothing you should be sad on when Allah tries to test you, so chin up dude. Because He knows better than you do. He plans better than you do. I never did imagine on getting into that such huge company. Though i'll be there alone, i feel no fear. He will always be with me.


Ohh teringat satu potongan ayat dalam surah Ar-rahman yg disebut-sebut sebanyak 33 kali tau. Banyak kali ye. Almost half of the surah dia ulang nya ayat ni "Fabiayyi aalaai rabbikumaa tukadzdzibaan" - "Maka nikmat manakah yang kamu dustakan?? ". Hmm, Nikmat Allah tu besar. Tak luak pon kalau kau kena uji sikit, sebab nikmat kau dapat tu lebih besar dari ujian kau dpt.