Thursday, July 4, 2013

Warkah cinta ana.

Assalamualaikum..

YaAllah pejam celik pejam celik kann bila tgk balik kat calender tuh, dah almost dua bulan aku bercuti. Jadi baki cuti aku tinggal dua bulan jee. YaAllah apa yang aku dah buat selama aku cuti ni YaAllah. Takutnya nanti dipersoalkan "Apakah yang engkau telah lakukan sepanjang usia mudamu ya Mohd Firdaus". Allah Allah Allah..

Sejujurnya aku lagi suka duduk dekat rumah berbanding di asrama universiti. Kenapa yee. Haa, kat rumah jauh lebih selesa. Semua org mesti laa lgi suka duduk rumah kan, sapa tak suka tipu laa. Hurm, dan juga ak rsa kat rumah ak rsa lebih baik. Kenapa pulak ak kate begitu. Haa. Sebab kat rumah ak lebih berani untuk bersuara dan beribadah. Bukan laa ak nak ckp kat universiti ak tk blh bersuara dan beribadah. Tapi mungkin terbatas. Kat rumah org2 msjd semuanya adalah jiran2 tetangga kan, yg mna ak dah kenal dari kecik lagi. Kalau kt Universiti, ak malu sbb ak tk pandai agama, jadi nk bersuara tu mgkn kurang. Okay alasan ni mmg tk blh diterima pakai. puihh. hahaa

Orang kata internet ni kann mmg bwk bencana serta negatives effect terhadap seseorang. Ak mmg tk nafikan. Serious, ak bukak jee fb blh nmpk friendlist ak yg tk pakai tudung, tu plg mudah laa nk dpt dosa. Haa, pastu kau mesti ada like mana2 page kan, even kawan2 kat list tu pn kadang ada buat status, entah apa kang benda2 yg kau tk puas hati, dah pulak kauu bersangka buruk atau ter-mengumpat kann. hahaa. benda2 biasa utk dpt dosa kering gini mmg bnyk..

Alhamdulillah, buat msa sekarang, ak da buang daa sapa2 artis kee kwn2 yg tk memenuhi syarat, ak dh unfriend atau unlike page mereka. Buat laa nak kate ak tk berukhwah, tp lebih kepada penjagaan rohani aku yg tk berapa nak kuat. Heyy aku manusia laa. Iman ak pasang surut. Jadi ini mgkn cara yg terbaik yg blh ak fikirkan. Dan juga ak dh kurangkan utk bukak fb, sbb bnyk keluar. Haa, keluar nii bkn kuar sja2, ak kuar utk melihat dunia yg sgt besar bg menimbulkan perasaan takut atas kebesaran kuasa Allah. Tp kan mggu depan kan nk puasa daa. So ak da tk kuar laa rsnya.

Aku pulak baru start mengarang itinerary utk beberapa trip back packing dengan siblings and kwn2 utk sept, dis thn ni serta march dan june thn depan. Puas laa ak mengerobek google nii, utk cari tahu tmpt2 yg boleh membuat kita melaungkan perkataan ALLAH HUAKHBAR.. Rezeki lbh, my siblings serta mara ada bg elaun lbh nii, jdi smpn utk ber-back packing.

Sambil2 mengarang Itinerary nii, mesti telinga kita perlukan something utk didengari. Allah, nasib ak baik kerana youtube tuu mmg bnyk benda2 bermanfaat. Bnyk lagu2, cerita2 serta ceramah2 agama yg org upload menjadi halwa telinga ini sepanjang cuti ini. Allah, ak blh ckp tkde laa bnyk sgt ilmu yg ak ada jika dibandingkan dengan apa yg ak blh gain dari hanya "mendengar" dan "menonton" youtube.

Warkah cinta berbau syurga + cinta dan wahyu. Alhamdulillah, ak bnyk timba ilmu dari cerita ini. Thn lepas msa cuti habis matrik selama 3bln tuu ak jatuh cinta dengan cerita ketika cinta bertasbih 1&2 yg mna ceritanya mmg menerapkan tentang agama dan percintaan dalam islam. Kali ini pun sama jugak. Alhamdulillah. Ye laa kalau nak dptkan sumber cerita2 cinta cintun skrg ni mmg mudah. Tapi boleh kee kita ikut cara mereka bercinta.? Langsung tidak berlandaskan syariah yg telah digariskan oleh islam. Allah.. Ada pulak tuu cerita yg mmg menunjukkan betapa baiknya seseorang itu, solat serta mmg cantik. Kurangnya, selepas solat, tk pakai tudung. Allah, benda plg basic laa bg  ak, seorang muslimah tuu mesti pandai jaga maruah serta auratnya. Kalau solat pn tk pakai tudung, Allah. Tk tahu laa nak ckp apa.

Contohnya, seseorang itu tk pakai tudung di luar utk berjalan. Tapi pergi ke surau dan bersolat. Siap tutup litup dengan telekung tuu. Tapi bila keluar jee tunjuk rambutnya kepada org lain. Tak rasa hipokrit kee ? Tak lupa juga kepada lelaki. Kauu tuu jgn ckp utk pihak perempuan jee. Ohhh kalau ppuan tk pakai tudung cepat jee kau attack. Lelaki pn sama, kenapa keluar nak pakai baju2 sendat2 tuu. Kauu pergi solat then kau rukuk dan sujud dan terselak bhagian antara seluar dan hujung baju. Kan nampak aurat tuu. Kenapa tk pakai jee baju yg biasa2 yg tk ketat ? Dah tuu ada pulak yg keluar pakai short. Eeeeeyy, tak malu kee dengan bulu kaki tuu. Kang nk pergi solat sibuk laa cari kain. Hurm, peringat bg diri aku juga.

Allah, kenapa entry aku kali ni dah jdi mcm nii. Teruknyaa. Okay ak just nak share something. Aku ada nampak beberapa ads mengenai pencarian penaja utk berbuka puasa utk anak2 yatim. Sumbang laa sikit kan. Dan juga, dari kita dok bazir duit pergi tgk wayang atau beli baju yg sememangnya dah bnyk dlm almari tuu, kenapa kita tk donate skit tok sedara seagama kita yg susah tk mampu kat kemboja tuu. Mereka duduk rumah atas sungai jee sbb tk mampu nak beli tanah. Allah. Kita nii smpai tk cukup sorg sebilik kt rumah tuu. Mereka tinggal satu keluarga dlm satu rumah. Allah Allah Allah. Hurm, okay laa. ak nk gerak daa. Dah nak asar nii. Assalamualaikum.

Friday, June 21, 2013

Ana jatuh cinta..

Assalamualaikum...

Diterangkan dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun kita sudah dapat pahala. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun dikira ibadah. tahukah sahabat sahabiah apakah yang di maksudkan 4 perkara itu?


4 perkara itu ialah :

1. wajah ibubapa
2. Al-quran
3. Lautan
4. Ka'abah

Alhamdulillah, Allah sudah memberi peluang aku untuk melihat 3 daripada 4 perkara tersebut secara LIVE.. Ka'abah yg aku rindukan sangat, tp belum dapat peluang untuk melihatnya secara depan-depan. Dapat tgk dari ihsan pakcik google pon dah cukup bersyukur. Tapi Allah bg peluang buat aku untuk tgk mama dan abah lagi. Alangkah bahagianya dapat tgk wajah mereka. Al-quran, masih lagi Allah bg kudrat untuk aku memegangnya. Dan paling terbaru, Allah bg nikmat ketenangan untuk aku melihat lautan yang terbentang luas tuu. YaAllah, alangkan beruntungnya ana.

YaAllah bestkan bila dapat peluang untuk enjoy sambil beribadah. Dalam berhibur, Allah dah tuliskan sesuatu yg lbh besar dari sekadar berhibur. Minggu lepas adalah sesi menghitamkan kulit bersama kawan baik aku, Afif. Kami ke salah sebuah Pulau yang sangat cantik. Walaupun perjalanannya sangat panjang yang mengambil masa almost 8 jam ke sana. Fuhh, tapi semuanya berbaloi.

Duit mmg masalah bg aku, tapi utk kali ini, Allah bantu aku. Alhamdulillah ramai ahli keluarga aku memberikan sumbangan ( sponsor duit ) utk aku walaupun mmg ak dah prepare sejumlah duit utk percutian kali ini. Alhamdulillah agen kami pon islamik, dia bg chalet kami kat bahagian org berbulan madu (rasanya) sbb agak isolated dari tmpt org2 putih terdampar kat tepi pantai tuu. Kami pergi hari selasa (11jun) sampai laa sabtu (15jun).

sesekali tgk laut yg luas gilee tuu, yaAllah... Terfikir sejenak tentang apa yg afif katakan kat aku masa kat atas boat. Laut yang terbentang luas mengingatkan diri akan betapa luasnya ilmu Allah swt yang telah dirakamkan dalam kalam Allah dengan firmannya yang bermaksud :

“. Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering) nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (31:27) 

Aku berani kerat jari kalo semua org pun pernah dengar tentang ayat nii. Tapi tak tau kenapa time ni ak rsa kebesaran Allah itu btl2 besar (bkn selama ini ak tk rasa besar, tapi bile dah tgk depan2, speechless). Aku pegang air kat tepi pantai.  Ak tgk lautan tanpa penghujung. Aku fikir lagi, aku hanya nampak permukaan lautan. YaAllah. Kuantiti air lautan dihadapan aku ni bkn laa hanya dikira atas permukaan, dasar lautan nya entah siapa tahu kedalamannya kann ? Fikir lagi, yaAllah ini baru bahagian lautan di sni. Belum dikira untuk satu dunia. YaAllah YaAllah YaAllah. Besarnya.

Hurm, alhamdulillah aku tak sangka percutian (getaway) aku yang singkat ni bkn jee hanya memberi kegembiraan duniawi, tp sebenarnya banyak sgt yg tersiratnya. Ingat lagi hadith niii... Rasulullah SAW bersabda: Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani) Riadah yang sering Rasulullah SAW lakukan. Memang ramai sangat jumpa org yang baru kawin dan ber-honeymoon kat sana. Ada tu sempat lagi kami interview sbb nampak muda sangat, mcm baya2 aku.. Orang melayu pulak tuu. Hee.

Kat sana kami ber-snorkeling dan berenang2 melihat keindahan dasar laut. Alhamdulillah diberi kesempatan berjumpa ikan-ikan kecil yg sgt warna-warni dan jinak, cantik sgt. Dapat tengok terumbu karang yg bermacam2 bentuk, ada yg lembut dan ada yg keras. Walaupun ada sedikit kemalangan berdarah (injured sikit jee) sbb terkena terumbu karang. Dapat tengok turtle yg umurnya entah berapa ribu tahun agaknya. Dan dapat jumpa ikan jerung yeee. Hee, 3 kali aku jumpa dalam masa 2 hari ber-snorkeling. Alhamdulillah. Banyak lagi aku tahu tengok tentang kehidupan di lautan.

Aku pasti akan ke sana lagi. InsyaAllah before masuk uni bulan 9 ak akn menjejakkan kaki ke sana lagi, mgkn kali ni berseorangan. Kali ini mgkn tiada aktiviti2 hardcore kelaut tapi lebih kepada melihat keindahan ciptaan Allah. Sebenarnya hati aku dah tertinggal kat sana. Hari2 asyik teringat kenangan kat sana. InsyaAllah juga situlahh lokasi berbulan madu. Hee.

Dah seminggu dah ak smpai gombak nii. Ingat lagi aku masa aku pergi aku jumpa mama berdua saja. Mama macam tknak lepaskan ak pergi sbb jauh katanya. Tambahan pula ke laut, bahaya. Tapi mama sangat memahami, tk putus2 nasihat mama bg. Aku janji nak call selalu. Aku hanya mampu call masa smpai dan masa nak balik jee sbb masa tuu kat darat, boleh call. Kat pulau tkde signal langsung. Alhamdulillah ada internet kat sana. Boleh gna Whatsapps Ayong dan Angah. Hee.

Benda paling penting adalah niat. Perbetulkanlahh niat kita tuu. InsyaAllah Allah akan lindungi kita dan lancarkan perjalanan kita dengan rancangan Dia. Sesungguhnya sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah. Alhamdulillah.

Iman kena kuat. Nanti kalah ngn syaitan pulak.

Nak balik dah baru dapat tangkap gambar. Takut nnt kamera kena air. Rosak

Second day snorkeling.

Cantiknya :')

Memalukan sebab pakai life jacket. Siap sewa fins. Punya takut lemas kan. Ni sebenarnya tgh bg makan ikan. Bagi roti. Bahagia sgt tgk ikan makan smpai jari2 ni digigitnyaa. Hee.

Cantik sangat. Depan chalet kami.

Ni laa jetty kat pulau kami tu. Memang sangat kecik. Kalo sepuluh org naik agaknya tenggelam. Pulau ni mmg isolated. Sesuai sgt nak bercuti.

Nii lee afif member aku tuu..
Sorry laa gambar mgkn tk berapa lawa sbb curi dari fb mmbr ak tuu. Reasonnya adalah, kalo direct upload dari camera, resolutionnya yg sgt laa besar dan malas laa nk bedah kamera tuu. Ahh, vacation ngn family b4 g sni pn tk kuar kan lagi dri kamera tuu. Bayangkan ada lbh dri 5gb gambar dan video kami. Ohh, mmg tidak laa nk upload semua

Teringat mggu lepas time yg sama dgn sekarang ni, aku baru smpai rumah. Hurm, memori yg sukar dilupakan. InsyaAllah ada rezeki aku dtg lagi yee. Ok laa. aku beransur dahulu. Mahu tidur. Aku hadiahkan sajak yg aku copy dari wordpress seorang hamba Allah ini. Sangat sedap.

Ilmu itu umpama laut yang biru
Terbentang luas di dada alam
Di dasarnya tersembunyi berjuta misteri
Yang tidak akan tertangkap sampai bila-bila..
Di mukanya mengaluni indah
Ombak menemani pantai yang sepi
Di tepinya terjalur landaian pantai
Yang memutih bagai sutera rasa
Saujana mata memandang..
Di atasnya bebas terbang si camar mencari persinggahan
Terbentang langit biru dilindungi awan
Ditemani tiupan sang bayu
Kadang kala terbias sang pelangi
Kadang kala terhempas kapal di laut
Kadang kala ganas menerjah pantai..
Oleh itu,
Tuntutlah ilmu sampai bila-bila
Kerana ilmu itu indah bermakna
Bagi yang mengerti..

Assalamualaikum..

Thursday, May 16, 2013

Relief.

Assalamualaikum..

It's been a while since my last post. Seriously, malas gile nak update blog ni, dan juga, takde orang nyee nak baca. Sebenarnya aku nak lepaskan tanggung jawab sebagai penulis blog tegar ni dah, yo laa den nak masok sem tigo dah. Mano ado nyoo maso nak update bendo aloh niii haa :DD tak reti laa nak cakap nogoghii haa.

Pape pun, ak nak panjatkan kesyukuran yg teramat tinggi kepada Allah. Ye lahh, sem 2 ni dah abis, abis dengan jayanya. ( read : DENGAN JAYANYA ) hahaa. Okay, sem depan iaitu sem 3 merupakan satu lagi cabaran dan halangan buat aku untuk mendapat tempat untuk ISEM ( INTERNATIONAL STUDENT EXCHANGE MOBILITY ) which is financially supported by my lovely MARA laa. 

Depa kat Mara tu sajaaa jaa tknk bg scholar tuu. It is impossible laa for a degree student to reach that requirement pointer, melainkan engkau tuuu ash... ( read : aku tau kau bakal bace nii. booo ). Sem depan kite room mate lgi naaa. Ak dah kepil borang kitee. *loq laqq aku nii*

Ehh ehh, ak just nak recap sem ni in more detail, infact mcm nak cite segala2nya yg terjadi dlm sem ni, even tak best pon. Tapi boleh laa kalo nak dibanggakan bila dikenang kembali tempat kami yang cerukk hulu banatt tuu dengan pencapaian aku and the gengg berjimba satu sem dengan jayanya. Hahaa. 

Okay ke-HARD-CORE-an kami sem ni memang ohhsemm gile bebehh laa. YaAllah, gedik terlebih pulak pepagi bute ni. First thing first is the colonization of our soul ( teringat seoul garden ) to where the territory we had to barely face for the whole semester. Seriously, sem ni lahh yg paling sikit aku tk balik rumah. I've decorated my partition as the room was mine. Paling sedihhh pedihhh bilamana segala2nya berakhir beberapa hari selepas semangat kekelas itu bermula. Hahaa, perangai malasku sudah kembali setelah beberapa hari awkward moment jadi seorang yg rajin dan pembersih gituhh. Hangat2 tahi kambennggg. 

Yeahh, ape lagi erk. Otak aku tengah scan the whole things yg terjadi. Haaa, teringat bile kiterang sampai ke genting. Dan tidorr kat first world okeyhh. Tu laa kali pertama aku officially deal dengan something yg risky. Alhamdulillah, tentative kami berjaya disiapkan, hotel booking, outdoor and bus tickets, and ect. Jumpa pulak my bro and he gave me the DSLR yg malangnya ak tak guna punn. Kat atas tuu, yaAllah mmg sejuk, so kami pon feeling2 laa dok kat US ke Aussy kee UK kee. Kabus tebal nak mampos. Sejuk tahap gaban laa sbb hujan renyai malam tuu. Tk bnyk pn abis duit. sbb rsnya agak murah dan berbaloi laa kami pergi tuu.

okay, personally aku bangga sbb sem nii laa ak belajar bawak motor. Thanks to ASH lagi laa sbb bg pinjam moto. Sampai rosak laa moto dia ak kerjakan. Hehee, insyaAllah ada rezeki ak bwk pulak moto sem depan. Kalo rezeki lebih, bwk kete teruss laa. Hehee. Dengan adanya moto, jadi kami lebih menghabiskan waktu senggang ( read : SENGGANG / leisure time ) dengan menunggang motosikal. Hahaa, dan juga moto tu jugalahh yg membawa kami kemana2 kami mahu. Kire seluruh wilayah kat melaka tuu ak dah jelajahh dengan MOTO tuu jee. Hahaa, tk men laa kete2 bagai. Jem kott. hahaa.

Okay, pelajaran. Aku agak berpuas hati dengan pelajaran sem kali ni, sbb ak agak kurang main dengan sia2. Kira smpai ak dah bosan ngn map game aku tu. Senang sangat dah. ( nada riak gile ). It's a gift to my hardwork when i've finished study. Opsss, it's not a gift anyway, but more to enjoy first then suffer. Haaa, inikalilahh aku akan ceritakan sbb ak stdy sem nii. Hahaa, aku akan diajak oleh room mate aku utk bermain game. Then kami ak bermaki-makian serta bergaduh-gaduhan sepanjang game itu berlangsung. Bile dah abis game pon, kami akan berkate " wehh, tu maki2 bagai tuu dlm game je tauu " walaupun dlm hati ni kadang2 terasa nak bunuh jee dia. Hahaa. Sorry, tu game jeee pun kan. Tapi still benda tuu mampu memutuskan persabahatan. Hee. Dah suke2 tuu, ape lgi, stdy laa. Aku akan rasa bersalah tapi most of the time aku tido jee lepas men game. Poning den lopehh main game tuu. Hahaa. 

Takpe laa. dah kul 3.30 pagi ni, ak nak tidoo. Besok kan jumaat, kena laa bgn awal tok p solat jumaat (tetibe) hahaa. To my friend, this is warning. Jangan contact aku starting 1st of july until further notice. Kalau tak, aku hempukkk pale kau naik sem nnt. Dan beli kan aku FM jee (fridge magnet). Tapi sila wrap dulu dan jangan bgi ak nampak tulisan kat FM tuu. Nnt aka pos kat rumah soh abg ak letak kat fridge ak. Hahaa. Kejam..K kk, malas nk fikir lagi. Assalamualaikum...

Saturday, April 6, 2013

K-POP.

Assalamualaikum....

Mggu depan ada bnyk test. Banyak sangat. Dan mggu depan juga laa nak balik rumahh. Ohh rindunya rumahh.. Jeles ngn abah. Malam tadi call bnyk kali tk dapat. At last dpt gak ckp ngn abah. Rupa2nya abah kat Indon. Hahaa, nasib baik call rate murah gile. Dapat cakap utk 3-4minit gak laa tp tk smpai seringgit pun charge. Okayy. Rindu gile mama, ayong ngn angah. Adam lagi laa rindu. Adoii

Okay, semalam sgt best sbb buat charity event dan kutipan dana pn agak okay laa. Aku pulak sebagai protocol executive mmg bnyk gile laaa tugasan. Mmg happening gileee laa. Tak tipu. Event smpai kul 1 jee, tp kul 1.30 pn still ramai lagi org. So kena halau laa mereka2 tuu p msjd kat tepi tuu. Hahahhaaa.

Dan akhirnya, aku nak admit yg smlm lepas abis jee event tuu, terus laa tido smpai ptg. Tau tak dari malam tuuu smpai laa skrg ni, abis dah aku tgk cite korea. OMG, k-pop sgt. Aku dah laa tk suke K-POP. Okay tp ni special case. Cite ni best sgt-sgt-sgt-sgt. Even dorg ni guna reincarnation as main idea, tp kalau laa wujud perkara seperti tuu, fuhhh, dorg blh jdi pasangan plg romantik dlm dunia.

Okay, objective blog aku bkn laa utk cite cinta, tp kali ni, ak nak cite sikit org putih nii (korea) fuuhhhh serious mmg bnyk idea laa nak bg org nangis. Ada pasang pelaris niii *bak kate azzizil*. hahaa. Tapi mmg citer ni sedih tahap cipanziiii laaa, *berkaca-kaca aku menontonnya*. Dah laa panjang, 20 episod. Tapi mmg worth it laaa.

Aaaaaa, lupelakk nak mention nama cite tuu. haa ni haa ROOFTOP PRINCE. Actually, main character dlm cite ni ckp "Even if 300 years will pass... I will still love you". Aku pun teringat kat future wife aku. It's a fairytale laa kalau nak jalan cerita macam mereka. Tak pernah pun nak jalan cerita hidup aku mcm tuu. Tapi, mcm sama daaa cuma aku ngn bakal isteri aku bkn laa duduk satu rumah pn. Contact pun jarang, ni kan pulak jumpa. Sebab apaa ? sbb kami tahu jaga batasan. Tu yang paling penting.. Elakkan maksiat dlm macam2 cara.

Done, im going to study. Semua cerita dah abis tgk. Babaiii...

P/S: tkde gmbr sbb si pakha (heroin) tk pakai tudung. heheee. tknak share dosa.
 
Assaalamualaikum..

Monday, April 1, 2013

Final.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selesai jugak aktiviti dgn ustaz don ahad lepas. Rehearsal masa hari sabtu tu smpai ke pukul 3 pgi. Penat betul. Seriously, nothing worth it than things we did sincerely. Hahaa, ramai betul kenal dgn rakan2 baru. Semua pangkat akk dan abg laa. Nak harap rakan2 satu batch, semua tgh tido lagi time Forum ni berlangsung. Tpi ada je rakan2 satu batch yg jdi ajk gak. Hish aku ni, teruk benauuu pikiran tuu. Hahahaa. Ak dpt tgk dari dekat ustaz don makan, sbb ak ajk makanan. Saje jee ak dok kat pintu library tuu and tutup pintu tu lepas ustaz masuk untuk makan. Kahkahkahh. Jahat kan.

Okay, berbalik kepada misi asal entry ini ditulis. Tentang final exam. Kami semua baru dpt tau yg exm akan tamat pada 17 mei kang.. Ak tk tgk detail sgt jadual final tuu sbb ak lebih tertarik bila last paper aku tok final kali ni. And yeahhh, my last paper on 14th mei. Heee. Nak tau tk birthday sape pada 14 mei tuu. Hahaa, tkpe laa jadi rahsia kenangan aku sajaa. *ini semua poyo*. Yg paling penting ak boleh balik rumah and peluk cium mama. Lama oiii tk balik KL jmp mamaa. Rindu gilerrrrsss.

hahhh. *berpeluh. Tadi benti menulis kejap sbb p sidai baju. *perlu keee nak citer bagai*. hahaa. Ok Ok, Final kali ni amat menggerunkan sbb sgt3 susah. Yg paling ak takut adalah CPP dan Fluid mechanics. Programming ak dah redha sbb tau tkkn boleh dpt A daa. Impossible. Hahaa. Nasib baik laa ada 5 paper jee tok final kali ni. Walaupn semuanya taugh2 kann. Sem lepas ak ada 7/8 paper kot. Mmg sakit gile laa nk blaja semua. Da laa ak ni jenis blaja last minit.

k k, main point dah ditulis. Kini tiba lahhh masa kepada supportive points yg ak mmg nak ckp sgt3 dari tdi. Kah kah kahhh.. Last saturday, my dad came over to pay a visit. He came all the way from KL. Ngehheheheeee. Lama sungguh tk jmp abah. Dia dtg bwk p makan. Ada pulak sepupu aku time tu. Dia nak balik kg sbb jun ni nak kawin dahh. Buat preparation lahh tuu. Ok okk. And the story started when i first asked my parents about how they took their master degree. YaAllah time tu mmg gile laa, dah laa abah terjumpa kawan dia kat kedai makan tuu. Entah kenal kat scotland dlu laa rsnya. Whatever, it is non of my bssness. Okay, what shocked me most bila dorg kate, ohh, adik pn nak amik master kee ? It's better kalau adik amik master kat overseas. Sbb sana lebih bgs dri kt msia ni. I was likee....Oh myyyyy GOD. They knew what i was thinking. Haahahahaaa

So ak pn memberanikan diri untuk bertanya dgn lebih lanjut.. Tapi jawapan mereka tidak seperti yg ak mahukan. Malangnya dorg p dlu amik Master in Toxicology which more to labs. Tu yang dorg kate seminggu kelas isnin-khamis pukul 9pg-5ptg every weeks. And setiap bulan ada final. *okay time tu muke mmg mcm kena trolled gile* Pastu ak pn ckp laa pasal master yg ak nk buat tuuu. kelas isnin-khamis pukul 9pg-5ptg gak tp utk seminggu sahaja. Lagi 3 mggu tu tok buat assgnmnt. Dorg pn kate yg tu tkde lab tu yg mudah sikit. Ak pn lega laa sikit. Ringin sikit beban aku ni haaa.

Dorg pn dah janji nak modified kereta ak bgi canggih dan bertenaga lagi. Ak suke bebenauuu. Sem depan pn dorg bg dok rumah sewa *tu pn sbb cnfrm tk dpt asrama* okay. Ak pn bergumbiraaa laaa mlm ituuu. YaAllah, Engkau beri ak family yang sgt supportive. Syukur Alhamdulillah. Family yg bnyk memberi tunjuk ajar kepada aku, yang bnyk memberi nasihat, menjadi pemangkin dikala aku sedang ingin jatuh. Syukur Alhamdulillah :')

P/S : My parents asked me to take my IELTS exm early if im really intended to go to UK. It was brilliant idea.

P/S 2 : malas nk tulis hebat2 dan letak gamba. Babai

Friday, March 29, 2013

Master.

Assalamualaikum..

YaAllah dah berkurun lama tk bukak blog ni. Lama sungguh-sunggug-sungguh tak bukak. Hurm, bnyk benda nak buat utk sem 2 ni. Al-maklumlah dah jadi senior. Room mate pun junior kan. Even dia lagi tua dari aku. Ishk, teruk nooo aku ni kate dia tua. Umo lebih setahun je pungggg. Lai lai laiii. Aku ponteng kelas CPP hari ni, tutorial dia start kul 11pg. Tp bukan sbb ak bgn lambat ke apee kee tau, sbb aku mmg tkde mood nk pergi kelas tuu. CPP tu susah sgt. Makin malas nk belajar. ngee ~

Baiklahh, sepanjang beberpa bulan ak tk update pape ni, mmg sgt3 bnyk benda terjadi kat aku. Hurm, banyak gile lee. Tak tu nak start dari mana. Hurm, k k. Start dri awal sem laa. Aku masuk bulan jan untuk semester 2 degree aku. Pastu, ape erk, dpt room mate baru. Umur 21 thn. Haaa, room mate ak bawak moto, ak blaja bawak moto dan alhamdulillah dah pro gile bawak moto setelah hari2 ak bawak. Erm, pastu, update pasal aktiviti caklempong. Untuk sem 2 smpai laa ke hari ni, da 2 kali perform caklempong. First mase club day untuk juniors, pastu MALAM GALA AKADEMI SENI BUDAYA (ASB). haa. benda ni grand gile, kire majlis graduasi kami sebagai amature caklempongIANS laaa gituhh. Malam tu mmg best, tp yg tk best sbb  kena menari. K k, malas nk cite pasal menari joget2 terkinja2 dlm dewan tuu. Malu sehhh. Tk tau nk ckp ape daa.

And lastly, pasal pelajaran. Alhamdulillah, sem 2 mmg tough gile, tk dinafikan. Ak mmg tk blh bawak subj2 sem ni sbb terlalu berat. Tp rezeki kat mana2 kan. Allah bg ak peluang utk membuka mata ni haa. Allah nak bgtau aku yg aku ni boleh, semua kena usaha. Nak dijadikan citee, utk test1 hari tu, ak mmg stdy hard utk subj CPP yg killer tuu tp bukan subj lain. Org sume ckp susah test CPP, mmg pun susah test tu. Tp ak dipermudahkan utk menjawab test tuuu. Dan plg terhari, dlm batch ak yg entah bape ramai nii, dah laa ramai dari FIST, ak tersenarai sbg top scorer. Jadi lepas jee dpt keputusan tuu, ak mcm tergamam, rs mcm salah org, tp ble tgk2 balik test CPP tuu, yaAllah ak boleh jee jawab. Ak start laa menggodek2 semua tutorials yg lepas2 utk stdy balik. Alhamdulillah walaupun bkn semua subj, ak sgt bersyukur..

Okay, baru laa start utk topic kite, tuu haa yg kat atas sekali tuu. MASTER. kenapa ak pilih title tuu. gahgahgahhhh. Kalau kawan2 ak kat micet ni yg rapat mesti dah tau and gelak2 jee nak bacaa entry ni. Aku ni ttbe terfikir utk buat MASTER degree. Entah ape mimpi aku. Aku mmg btl2 nak sgt buat master. Mungkin rsnya dgn buat master boleh ubat hati ak yg luka pasal pilot course tuu. Hurm, okay, to be frank, ak sbnarnya nak buat master kat overseas. Siap dah buat survay bagai. InsyaAllah, kalau pointer maintain mcm skrg ni. InsyaAllah 2016 ak fly laa. Tu pun kalau ada rezeki.

Dah ada beberapa org senior laa ak tny, mereka pun kataa okay. Hurm, aku ingt nak buat master in safety atau kami panggil sbg osha. Org kata kalau masuk industri kang, org2 osha laa yg paling dibenci ramai. Ak tk kesah pun. Aku ada sebab kenapa ak pilih OSHA. Hurm, k ni just general reason kenapa ak nak osha. Haaa, pening laa ak nak describe nih. k k, take deep breath. *poyoss

Sekarang ni ramai sgt org yg dah ada degree. Banyak pulak tu jenis degree. Dan ada pulak tu, bkn semua degree menjanjikan kerja specify to what they learn masa degree. Okay ak nak narrow down to engineering laa. Semua engineer akan pergi ke industri kan, pastu, kalau ada yg degree holder yg tkde kerja, mesti dia akan minta kerja utk position engineer lain gak kan. Hurm nampak tk saingan nyaa disituuuu. (*okay teruk benorr ak describe). hurm okay laa aku narrow down lagi, specific utk chemical engineering stdnt laa. Kan ramai, setiap batch jee myb seratus stdnt. And ade berapa pulak uni kat msia nii. Tpi adakah industri kita mampu utk amik semua graduated stdnt kedalam cmpny mereka. ?? still menjadi persoalan kan kan kann !

Jadi aku telah mengambil keputusan, utk amik master in safety bkn sbb ak akan ada master and a level up than other degree holder. Dlm industri dia tkpandang pun tahap pendidikan kau bile da masuk kerja semua sama jee. Ak nak master in safety sbb nak mereka nampak, yg aku ni ada something lebih dlm pengetahuan safety berbanding yg lain tuu. even yg amik Master in Advance chemical engineering pun mana ada blaja specific safety kalau tk amik OSHA time sem 3 degree kan. Satu subj janji lulus jee. Tapi aku amik MASTER major in SAFETY. arghhhhhhhhhhhh, berangan nyeee aku niii. YaAllah tolomg laa aku ni, jgn asyik berangan jee...

Okay, ni sebagai sampingan jee. Aku sebenarnya nak pilih sama ada England ( Birm, Sheffield, atau pun Manchester uni ) atau Scotland ( glasgow, strathclyde, edinburgh atau pun harriot watt uni ) tu jee uni yg ak nak. England sbb sama mudah sikit nak masuk. Kalau scotland sbb nak hidupkan kembali kenangan kat scotland dlu. Hahahaaa

Dan awakkk, kalau jodoh kita ada. Kita akan dok sana insyaAllah utk besarkan anak2 kita. Saya tak nak anak2 saya jadi macam saya. Saya nak didik mereka dari awal. Awak bantu yee. InsyaAllah :)

P/S : tahniah kepada semua yg dpt result SPM cemerlang terbilang tuhh. Tahniah Tahniah Tahniah. Kepada adik kawan ak, dpt kuar surat khabar lagi tuu sbb dpt 8A+, tahniah. Kepada anak sedara aku yg tgh buat preparation overseas kat intec shah alam tuu, tahniah dpt straight A. Dan kepada dak2 transfer degree program kat micet nii, ade 2-3 org jee tk dpt straight A. And yg ak tau ada sorg dpt straight A+ tuu, anda semua mmg hebat. tahniah laagi :)))

P/S 2 : to my future wife. Tolong jaga diri :)


Rindu Sangat dkt Scotland nii. Sangat-Sangat :')