Friday, June 21, 2013

Ana jatuh cinta..

Assalamualaikum...

Diterangkan dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun kita sudah dapat pahala. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun dikira ibadah. tahukah sahabat sahabiah apakah yang di maksudkan 4 perkara itu?


4 perkara itu ialah :

1. wajah ibubapa
2. Al-quran
3. Lautan
4. Ka'abah

Alhamdulillah, Allah sudah memberi peluang aku untuk melihat 3 daripada 4 perkara tersebut secara LIVE.. Ka'abah yg aku rindukan sangat, tp belum dapat peluang untuk melihatnya secara depan-depan. Dapat tgk dari ihsan pakcik google pon dah cukup bersyukur. Tapi Allah bg peluang buat aku untuk tgk mama dan abah lagi. Alangkah bahagianya dapat tgk wajah mereka. Al-quran, masih lagi Allah bg kudrat untuk aku memegangnya. Dan paling terbaru, Allah bg nikmat ketenangan untuk aku melihat lautan yang terbentang luas tuu. YaAllah, alangkan beruntungnya ana.

YaAllah bestkan bila dapat peluang untuk enjoy sambil beribadah. Dalam berhibur, Allah dah tuliskan sesuatu yg lbh besar dari sekadar berhibur. Minggu lepas adalah sesi menghitamkan kulit bersama kawan baik aku, Afif. Kami ke salah sebuah Pulau yang sangat cantik. Walaupun perjalanannya sangat panjang yang mengambil masa almost 8 jam ke sana. Fuhh, tapi semuanya berbaloi.

Duit mmg masalah bg aku, tapi utk kali ini, Allah bantu aku. Alhamdulillah ramai ahli keluarga aku memberikan sumbangan ( sponsor duit ) utk aku walaupun mmg ak dah prepare sejumlah duit utk percutian kali ini. Alhamdulillah agen kami pon islamik, dia bg chalet kami kat bahagian org berbulan madu (rasanya) sbb agak isolated dari tmpt org2 putih terdampar kat tepi pantai tuu. Kami pergi hari selasa (11jun) sampai laa sabtu (15jun).

sesekali tgk laut yg luas gilee tuu, yaAllah... Terfikir sejenak tentang apa yg afif katakan kat aku masa kat atas boat. Laut yang terbentang luas mengingatkan diri akan betapa luasnya ilmu Allah swt yang telah dirakamkan dalam kalam Allah dengan firmannya yang bermaksud :

“. Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering) nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (31:27) 

Aku berani kerat jari kalo semua org pun pernah dengar tentang ayat nii. Tapi tak tau kenapa time ni ak rsa kebesaran Allah itu btl2 besar (bkn selama ini ak tk rasa besar, tapi bile dah tgk depan2, speechless). Aku pegang air kat tepi pantai.  Ak tgk lautan tanpa penghujung. Aku fikir lagi, aku hanya nampak permukaan lautan. YaAllah. Kuantiti air lautan dihadapan aku ni bkn laa hanya dikira atas permukaan, dasar lautan nya entah siapa tahu kedalamannya kann ? Fikir lagi, yaAllah ini baru bahagian lautan di sni. Belum dikira untuk satu dunia. YaAllah YaAllah YaAllah. Besarnya.

Hurm, alhamdulillah aku tak sangka percutian (getaway) aku yang singkat ni bkn jee hanya memberi kegembiraan duniawi, tp sebenarnya banyak sgt yg tersiratnya. Ingat lagi hadith niii... Rasulullah SAW bersabda: Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani) Riadah yang sering Rasulullah SAW lakukan. Memang ramai sangat jumpa org yang baru kawin dan ber-honeymoon kat sana. Ada tu sempat lagi kami interview sbb nampak muda sangat, mcm baya2 aku.. Orang melayu pulak tuu. Hee.

Kat sana kami ber-snorkeling dan berenang2 melihat keindahan dasar laut. Alhamdulillah diberi kesempatan berjumpa ikan-ikan kecil yg sgt warna-warni dan jinak, cantik sgt. Dapat tengok terumbu karang yg bermacam2 bentuk, ada yg lembut dan ada yg keras. Walaupun ada sedikit kemalangan berdarah (injured sikit jee) sbb terkena terumbu karang. Dapat tengok turtle yg umurnya entah berapa ribu tahun agaknya. Dan dapat jumpa ikan jerung yeee. Hee, 3 kali aku jumpa dalam masa 2 hari ber-snorkeling. Alhamdulillah. Banyak lagi aku tahu tengok tentang kehidupan di lautan.

Aku pasti akan ke sana lagi. InsyaAllah before masuk uni bulan 9 ak akn menjejakkan kaki ke sana lagi, mgkn kali ni berseorangan. Kali ini mgkn tiada aktiviti2 hardcore kelaut tapi lebih kepada melihat keindahan ciptaan Allah. Sebenarnya hati aku dah tertinggal kat sana. Hari2 asyik teringat kenangan kat sana. InsyaAllah juga situlahh lokasi berbulan madu. Hee.

Dah seminggu dah ak smpai gombak nii. Ingat lagi aku masa aku pergi aku jumpa mama berdua saja. Mama macam tknak lepaskan ak pergi sbb jauh katanya. Tambahan pula ke laut, bahaya. Tapi mama sangat memahami, tk putus2 nasihat mama bg. Aku janji nak call selalu. Aku hanya mampu call masa smpai dan masa nak balik jee sbb masa tuu kat darat, boleh call. Kat pulau tkde signal langsung. Alhamdulillah ada internet kat sana. Boleh gna Whatsapps Ayong dan Angah. Hee.

Benda paling penting adalah niat. Perbetulkanlahh niat kita tuu. InsyaAllah Allah akan lindungi kita dan lancarkan perjalanan kita dengan rancangan Dia. Sesungguhnya sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah. Alhamdulillah.

Iman kena kuat. Nanti kalah ngn syaitan pulak.

Nak balik dah baru dapat tangkap gambar. Takut nnt kamera kena air. Rosak

Second day snorkeling.

Cantiknya :')

Memalukan sebab pakai life jacket. Siap sewa fins. Punya takut lemas kan. Ni sebenarnya tgh bg makan ikan. Bagi roti. Bahagia sgt tgk ikan makan smpai jari2 ni digigitnyaa. Hee.

Cantik sangat. Depan chalet kami.

Ni laa jetty kat pulau kami tu. Memang sangat kecik. Kalo sepuluh org naik agaknya tenggelam. Pulau ni mmg isolated. Sesuai sgt nak bercuti.

Nii lee afif member aku tuu..
Sorry laa gambar mgkn tk berapa lawa sbb curi dari fb mmbr ak tuu. Reasonnya adalah, kalo direct upload dari camera, resolutionnya yg sgt laa besar dan malas laa nk bedah kamera tuu. Ahh, vacation ngn family b4 g sni pn tk kuar kan lagi dri kamera tuu. Bayangkan ada lbh dri 5gb gambar dan video kami. Ohh, mmg tidak laa nk upload semua

Teringat mggu lepas time yg sama dgn sekarang ni, aku baru smpai rumah. Hurm, memori yg sukar dilupakan. InsyaAllah ada rezeki aku dtg lagi yee. Ok laa. aku beransur dahulu. Mahu tidur. Aku hadiahkan sajak yg aku copy dari wordpress seorang hamba Allah ini. Sangat sedap.

Ilmu itu umpama laut yang biru
Terbentang luas di dada alam
Di dasarnya tersembunyi berjuta misteri
Yang tidak akan tertangkap sampai bila-bila..
Di mukanya mengaluni indah
Ombak menemani pantai yang sepi
Di tepinya terjalur landaian pantai
Yang memutih bagai sutera rasa
Saujana mata memandang..
Di atasnya bebas terbang si camar mencari persinggahan
Terbentang langit biru dilindungi awan
Ditemani tiupan sang bayu
Kadang kala terbias sang pelangi
Kadang kala terhempas kapal di laut
Kadang kala ganas menerjah pantai..
Oleh itu,
Tuntutlah ilmu sampai bila-bila
Kerana ilmu itu indah bermakna
Bagi yang mengerti..

Assalamualaikum..

No comments: