Wednesday, December 2, 2015

Not everything is bad.

Assalamualaikum....


Dah masuk minggu ke 12 pada awal bulan 12 haaa, thesis aku dah kelaut, lab reports semua tak siap lagi, assignments belambak, presentaion bersusun sampai akhir bulan ni. Penat tok sah kata la. Busy tok sah cakap la. Tak cukup tidur. Esok pulak kena amik abah kat KLIA sebab dia balik KL selama sebulan cuti musim sejuk kata nya. Hahahaa. Takde kereta dah lepas ni.

So, since i had encountered countless of bad tragedies in the year of 2015, that i guess it is a bad year for me. Tapi sebenarnya, takda la semua benda teruk pon tahun ni. Tulah, kita tak husnuzon dengan aturcara perjalanan yang Allah dah tetapkan, memang la sampai terfikir "tahun malang" bagai kan. Hehehe...

Alhamdulillah, dalam banyak-banyak benda buruk terjadi kat aku tahun ni, ada jugak benda baik jadi juga. Semalam tu aku dah decide taknak pergi kelas petang, sebab mengantuk sangat. Tapi Allah tu maha mengetahui, sebaik-baik planner. Sedang aku mengantuk karang thesis kat library, aku decide nak pergi kelas jugak ptg tu. Jadi aku pun kemas barang, berlalulah ke masjid untuk zohor. Tak tahu apa yang merasuk aku, aku ter-kusyuk pulak solat. Selalu amik masa 5-10 minit je, hari tu tetibe la lama kusyuk solatnya, tasbih dan selawat, berdoa pulak panjang.

Tengok-tengok je dah pukul 2.45 which suppose kelas aku start pukul 2.30. Haha lewat benau masa tu. Then aku dengan fizi pon berlalu dari masjid untuk ke kelas. Kat tepi jalan tgh btl kan beg, ttbe dapat call. Haa Dapat call dari stranger, normally aku tak angkat. Entah kenapa aku nak angkat jugak masa tu. Perbualan bermula dengan keadaan yg agak kelam-kabut sebab aku nak rushing pergi kelas.

FS: Assalamualaikum... :)
Cik HR : Waalaikumussalam, ni cik Mohd Firdaus Bin Salim yeee. ??
FS: Ye saya Firdaus.
Cik HR: Ohh saya Puan (tak ingt nama) HR dari petronas penapisan terengganu. Saya nak tanya cik firdaus dah dapat mana-mana penempatan untuk latihan industri tak ?????
FS: Ohh, tak ada lagi puan. Saya pun masih mencari-cari lagi (padahal dah dpt satu company ni, siap time kat library tadi msg kak yati tu push soh cpt2 buat offer letter utk aku)
Cik HR: Ohh yeke. Okay sebenarnya cik firdaus dah disenarai pendek utk program latihan industri di petronas kertih. Cik firdaus nak tak ???
FS: (omg woi dia dah offer, gila apa weh nak tolak) Ohh yeke *bajet relex* Kiranya saya dapat buat intern dekat petronas ke macam mana ni ??
Cik HR: Haah, cik firdaus di terima. Dari borang permohonan cik firdaus akan mula lapor diri pada 25 Jan. Jadi kami nak proceed utk hantar offer letter dan reply form kepada cik firdaus dan universiti lah sekiranya cik bersetuju nak buat intern kat sini.
FS: Saya terima saya terima. Saya tak kisah lah jauh pun saya terima je puan. Hahahaa *gelak kasar*
Cik HR: Ok kalau mcm tu saya akan submit semua document dekat email cik. Email cik yg ni kan ******
Bersambung dengan sembang pompam dengan Cik HR tu, dan diakhiri dengan ucapan tahniah dari dia. Weh baik gila kot akk tu. Cakap melayu tulin ok. Takde accent omputih langsung. Takde bunyik pata timo pong.


Alhamdulillah. Aku tak sangka langsung pun aku dapat peluang mcm ni.. Dengan pointer aku yg hampeh lencun nak mampos ni, company biasa pon entah pandang serong dengan aku kot. So basically, nothing you should be sad on when Allah tries to test you, so chin up dude. Because He knows better than you do. He plans better than you do. I never did imagine on getting into that such huge company. Though i'll be there alone, i feel no fear. He will always be with me.


Ohh teringat satu potongan ayat dalam surah Ar-rahman yg disebut-sebut sebanyak 33 kali tau. Banyak kali ye. Almost half of the surah dia ulang nya ayat ni "Fabiayyi aalaai rabbikumaa tukadzdzibaan" - "Maka nikmat manakah yang kamu dustakan?? ". Hmm, Nikmat Allah tu besar. Tak luak pon kalau kau kena uji sikit, sebab nikmat kau dapat tu lebih besar dari ujian kau dpt.

Monday, November 2, 2015

Demotivated

Assalamualaikum...


At this tense time, i wish i could ever turn back time to begin everything or just end everything by giving up. Ohh lord I couldn't bare things I have to face at this moment. Ohh Lord, i am giving up. Ohh lord, I have no strength to keep moving for tomorrow. Ohh I am weak for all i am now.

I had bad day. Not just today. This year i guess. The year of bad luck. I had so much things happened. I just have no strength left to keep moving life on. It came out sometime i felt like taking drugs, or anything related to anti-depression. I have so much unsolved problems.

I have no one to pour out everything. I just want to cry, cry and cry. Ohh this burden me so much i can't bare with it. Plus with the unwell feelings i had for the past few days.

ps: I am googling the anti-depression pills, but i dont know where and how to get it. I am extremely devastating. Just throw up for the third time for today.

Monday, September 28, 2015

Ehhh ada lagi bangla ni ^_^



Assalamualaikum...


YaAllah lamanya tak update blog ni. Bukan dah bersarang je, habis tak nampak apa da. Last update 2 tahun lepas. yeee 2 tahun lepas. Macam-macam dah aku lalui sepanjang 2 tahun lepas. Pehhhh.. I miss writting. Actually dah beberapa kali jugak la idea nak sambung menulis since I dah berjinak-jinak dengan dunia travelling ni. Hahahaa, berkawan pulak dengan orang-orang yg memang travel sokmo jee. Hahaa, abang dengan kakak aku pon sama. Haihhh


Ohh hai fida kalau u baca laa i tulis ni. Hahaha, sebenarnya aku ter'stalk' blog kau and kau pulak update tentang latest life kau. Jadi aku pon nak update life aku jugak laa. Dah setahun da kita lost contact, tapi i masih hafal url blog u okay. Sape je yg bnyk encourage aku dalam dunia blog ni melainkan kau. Hmmm.. Rindu nak text kau sepanjang masa, gossip-gossip. Tapi aku je tak berani dah. Opss, no kau aku dah delete, and terlupa pulak tu. Ada rezeki nanti kita jumpa lagi ye.


Jadi, life aku paling latest adalahhhhhhhhh, jeng jeng jeng..... woihhh berkarat gila skill menulis aku. Hahahaaa. Jadinya aku kini berada di semester 7 yee. Haa, semester terakhir sebelum kami satu batch akan melangkah ke alam pekerjaan, ehhh intern dulu baru keje yee semua. Tapi kiranya lepas ni takde da la nak belajar masuk kelas bagai. Semua dah dalam industri punya environment. Ohh ya, lupa nak bagitau. Kami ni senior kot, senior paling senior laa dalam uni... Banyak betul adik-adik junior tapi masih tiada satu yang sangkut dengan saya sob sobbbbbb :(

So apa lagi. Nak cite pasal FYP ?? Internship placement ??? Result ???? tak payah laa. Malas nk cite pasal tu. hahaa. Sebab apa ??? sebab aku ni seorg yg terukkkk. hahaa. semua tu mana aku siap/dapat lagi. Padahal due date dah almost tiba. Cis...teringat pasal kerja, terus hilang mood menulis. hahahaa.

abang belanje satu gambar kat boracay muah ciked :*
Haihhh gigih okay abang scroll gambar dalam album nak haplod sini ok. Berjuta ok gambar dalam gallery tuu. Btw, aku tak biasa laa dengan blog punya style menulis. Yela lama sangat dah aku tinggal alam menulis kat laptop ni. Dulu yo yooo o je nak jadi editor konon. Since ada instagram bagai aku mmg dah lama laa tak menaip kt laptop selain buat assignment woi. hahahaa. takpela. saya ingin mengundurkan diri, kita bagi rest dulu la nanti kita brush up lagi skill menulis yee dok. hahaa. see you again guyssss *bajet banyak reader kan*