Saturday, July 28, 2012

MENARA GADING

Assalamualaikum...

Lama tak update benda ni. Taknak update pun. Hahaa, mengikut dengan tajuk entry, merana gading ehh ehhh menara gading lahh. Haish apelah aku nih. Memanglah setiap jihad tu perlukan pengorbanan kan. Haa dalam pengorbanan mesti kita merana, sengsara dan sebagainya, tapi kalau jihad dan pengorbanan kita lakukan tu dengan niat kerana Allah, so aku tak rasa pun jihad dalam belajar ni satu kesengsaraan.

Just nak inform kat korang-korang sume yg baik dengan aku ke yg jahat dengan aku ke, ak nak mintak maaf ( please yee, aku nak jadi macam Uztaz Firdaus dalam cerekarama malam tadi, dah la belakon sebelah umah aku jee, and kat masjid as-syakirin lak tu, balai polis gombak mmg tmpt aku main2 laa kan ) hahaa. Bukan ape, hari ni hari last aku kat rumah. After this i'll be away from my beloved home for the next 4 years.

Ramai orang tarak tahu maa, tapi sayeee mauu bg tawuu looo sikalangg. Alhamdulillah, hari tu dapat kos Sains Gunaan and now, even aku tak lari dari bidang asal aku iaitu kejuruteraan, but i think it is quite good la compared to Applied Science kann. Aku ditawarkan Chemical Engineering dan pendaftaran besok la bebehh. So kiranya ni last la ak online ( ngade bukan nye aku ade FB ke Twitter ke nak mention2 on9 nii ) hahaa.

Memandangkan kita kat dalam bulan ramadhan, ada sedikit lah video pendek dari Youtube.com yg telah menambat hati aku. hahaa. Enjoy and see yaa bile cuti balik rumah. InsyaAllah bukan dalam masa yg terdekat ni.

Tuesday, July 17, 2012

UPU tu kejam ke ?

Assalamualaikum..

hahaa, since last week handphone aku asyik mudah abis beteri jee, kredit pun macam air mengalir hilang. Semua tengah heboh pasal result UPU yg kuar mggu lepas. Hurm, pape pun, aku nak ucapkan tahniah kat semua yang berjaya tuu. Yang tak berjaya, jangan la kecewa sangat. Dan yang tak dapat course yang korang idamkan tuu sabar je laa. Dan akhir sekali, kepada yang kena lelong tu, harap terima dengan hati yang terbuka ( wehh sentapp kot ayat last tuu ).

Hahaa, aku la tu yang last skali tu. pehh, menyirap wehh bile check. Ingat kan dapat la at least UiTM. Tapi aku sebenarnya dapat yang lagi bagus dari tu. Alhamdulillah, even rasa nak tukar jugak laa course tu sbb ak agak terkezutt bebeh bile check syllabus dia, macam medic punya we. Biochem la Microbiologi la ngan Biodiversity la calculus tak pikir pulak. That's why lah ak down nak mampos for the whole week nii.

Pape lah ngan result matrik ni, ak penat dah turun naik KPT putrajaya jumpe pengarah dia tu, hahaa. Tetibe jumpe nicholas dak matrik aku. Siasat punya siasat ade mmbr seberang jauh sikit dari bilik aku kat matrik tu kate dia tu anak emas scholar. And yet i remembered there was a ceremony celebrating excellent students kat tingkat bawah bangunan KPT tuu. Hurm medik la jawab nyer dak tu. Tahniah congrats tahniah congrats.

Hahhh, aku menaip sambil mulut menguap even dah pukul 11 pagi. Kejap lagi pun nak kuar kejap ade benda nk settle kan. Huhh hectic life aku mmg sampai mati la we lagi-lagi kalau aku g gak course ni. Pehh mmg babai la tidur lena dan hello kepenatan abadi. Tapi yang pentingnya setiap benda yang berlaku mesti ade hikmah, semua slalu ckp benda yang same tp aku berani bet la kalo korg dlm situasi tekanan mesti korg merungut gak. Tapi bile dah reda tu cepat-cepat lah set mind yang baru supaya kita tak sentiasa menyalahkan takdir Allah.

Bak kate member baik aku sealam maya ni, kita selalu berdoa supaya kita mendapat yang terbaik dalam hidup. Dan mungkin sebenarnya ape yang kita dapat and tak suke tu lah yang terbaik Allah telah rancang utk kite. Jadi janganlah sekali-kali nak salahkan takdir Allah. Terima dan redha. Doa jangan lah stop walau kita rasa despair tapi kita kena ingat rahmat Allah tu tak pernah putus :) Berdoalah insyaAllah