Assalamualaikum...
Hati tengah berdegup kencang. Kencang gila. YaAllah ujian Kau ini sangat tidak boleh membuatkan aku tenang. YaAllah. Bagilah petunjuk kepada aku. Aku tidak mahu perasaan ini terapung-apung tanpa hala tuju dalam diri ini. YaAllah, aku sangat takut akan membuat sesuatu keputusan yang salah. YaAllah, adakah aku seorang yang pentingkan diri sendiri semata-mata ingin memuaskan perasaan dan nafsu YaAllah.
Yee. Aku sangat pentingkan diri sendiri. Aku tahu aku tak layak, tapi aku mohon juga. Sekarang ni, ada beberapa tempat kosong. Dan aku masih berusaha agar nama aku naik ke tempat kosong tu. Dulu, nama dah penuh dan aku tidak mendapat sebarang tempat, kini mereka membuka beberapa lagi tempat kosong bagi yang memohon. Tapi adakah aku masih layak untuk memohon.
Semua orang nak berjaya, macam aku jugak laa. Sapa tak mahu berjaya. Tujuan utama mesti kerana Allah. Aku sangat mahu pergi. Tapi mereka lebih layak. Keputusan mereka lebih layak dari aku. Tapi aku mahu jugak. Aku berjanji aku akan belajar sungguh-sungguh nanti. Aku janji. Tapi boleh pakai ke janji aku tu ?
Allah memang adil. Dia Yang Maha Adil. Aku hanya seorang hamba yang sering melakukan dosa. Aku jijik di mataNya. Tapi Engkau masih memberikan aku rezeki. Aku sangat bersyukur. YaAllah, jika Engkau mentakdirkan aku dapat tawaran tersebut YaAllah, Engkau berikanlah kemudahan kepada hambaMu ini. Janganlah Engkau bebankan aku dengan dugaan sebesar ini YaAllah.
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment