Wednesday, June 6, 2012

Sepohon Kayu

Assalamualaikum..

Rasulullah pernah bersabda "Bahawa perkara yg pertama disoal di alam kubur adalah Solat".

Lagu sepohon kayu ? Pernah dengar tak ? Dari kumpulan Saujana time dulu-dulu. Hahaa, those who around my age mesti tahu kan. Sape la yang tak tahu. Lagu ni banyak kenangan dalam hidupku. Selain tu, lagu ni pn mempunyai makna yang sangat besar. Sebagai seorang muslim, ya Solat itu tiang agama. Semua Umat Islam tahu. Benda paling basic kott. Lagipun, mesti kita rasa tak sedap kalau tertinggal solat dalam apa jugak keadaan.

Secara ringkasnya, lagu ni nak tunjukkan walau lama mana kita hidup, tapi tak solat ( tidak mendekatkan diri dengan Maha Pencipta ) pun tak ada guna jugak. Kita pergi kerja, cari duit banyak-banyak tp tk mendapat redha Ilahi, hahaa, duit tu pn tk berkat la jugak. Tak guna pun banyak duit tapi duit tk berkat.

sesungguhnya satu ibadat yg membezakan antara muslim & non-muslim...sembahyang 5 waktu...ia merupakan perkara pertama yg ditanya pencipta kita bila kita mati, dlm keadaan yatim & bersendirian di alam kubur...tidak kira siapa kita, apa jawatan kita, sebanyak mana ibadat kita, kebaikan yg kita lakukan etc..jika tidak solat 5waktu dgn sempurna maka sia-sialah si pencipta mghidupkn kita di dunia yg fana ini....

apa-apa pun yg terjadi kat vokalis Saujana tu, Im personally love the song, sbb makna. Tp peribadi vokalis kumpulan itu, kita doakan yang terbaik saja lah. Moga-moga dia mendapat cahaya hidayah Allah.

Lagu ni pun pernah dinyanyikan oleh Kumpulan Aeman. Ya, dierang nyanyi memang sangat sedap. Sangat suka sbb suara dierg budak-budak kan. Haha, sharp so sedap didengar. Mostly umur ahli kumpulan ni average umur aku la. Dalam empat orang ahli, seorang sudah meninggal. Kalau tak silap tahun 2009. Arwah meninggal kerana serangan jantung, sesak nafas. Al-Fatihah. Yang vokalis dia, zamri pn da umur 18, and then anas ambil spm tahun ni, and last skali kareem tengah belajar dekat KIPSAS pahang. Kalau tk silap lah. hehee. Again, their personal life, tak mahu komen laa. Kita doakan saja yang terbaik.

Ingat lagi, dulu time sebelum pergi tadika, mesti duduk depan tv, kalau tak silap RTM 1 masa tu. Haha, mesti ada siarkan lagu ni, dan nasyid-nasyid lain. Sangat suka. Balik tengah hari, sebelum azan zohor pun ada siarkan. Sekarang semuanya masih segar dalam ingatan. Kalau tengok video dari kumpulan Aeman, teringat zaman kanak-kanak nyanyi nasyid kat sekolah. YaAllah, sebenarnya ini lah hiburan yang Engkau benarkan berlandaskan syariat Kau. Bukan macam hiburan sekarang.

What they did before has made us ( MUSLIM ) proud and be a role model to Muslim. Good deeds will be remembered. As time goes by, pahala akan terus mengalir kepada saudara semua. InsyaAllah.



Yang ni dari Kumpulan Saujana.



Yang ni dari Kumpulan Aeman.

Dulu selalu berangan nak jadi penyanyi nasyid. Sayangnya saya tak layak. Masih banyak lagi untuk diperbaiki dalam hidup ni. Mungkin, dengan cara lain saya boleh bardakwah. InsyaAllah :)

No comments: